Tuesday, November 21, 2006

GENG TEAM DEKBET

Team kami taklah berapa ramai sangat. Maklumlah sapalah yang nak join kalau wat kerja - kerja sukarela dan free jer. Malahan kami terpaksa cari dan keluar duit sendiri kalau nak wat program untuk budak2 sekolah.Penat janganlah cerita. Apapun mereka memang best. Buat kerja sebab mencari Kepuasan Hidup. Bab2 bayaran / Elaun/ Tips dan habuan kami taklah mengharap sangat dan meminta2. So tak hairanlah banyak sekolah yang memanggil kami untuk bantu mereka menguruskan program.Yang penting peserta HEPPY.

So kalau ada pihak - pihak yang memerlukan Khidmat kami secara sukarela bolehlah menghubungi kami. Insyaalah kami dah banyak bantu sekolah2, persatuan2 dan kelab dengan FREE jer.


So mari Abangmir kenalkan Team - Team Dekbet sayer nie....


1. Hanip Bin Manap

Seorang jejaka yang hensem gak. Banyak idea. Adakalanya mencurah2 lak ideanya. Pakar dalam menceriakan suasana dengan xtvt2 yang menarik dan berfaedah terutama untuk peserta2 program. Kalau takda bang anip, sure tak best. Berumur bwh 25 tahun. Kenal ngan bangmir semasa program Rekreasi Level 1 kat Taman Negara Pahang 5 tahun lepas. Masa tu dia kecik jer. Apapun bang Anip telah banyak membantu menjayakan program2 Bangmir.

.

.

2. Musa Bin Che Mat
Sebenarnya dia nie OK. Tapi disebabkan kebanyakan program dia jadi ' Kem Komandan ' so ramailah yang bonci kat dia. Sekarang dah join Askar. Bangmusa nie s
atu kg dengan Bang Hanip. Pakaian dia memang kemas. Berani amat2. Maklumlah orang kg jati. Rasanya dia nie ada pakai ilmu kot. Bab hutan, redah hutan , biak locak dan harung longkang dan air bagi kat dio. Selamber jer dia join. Umur 2oan jer. Masih muda lagi.

.
3. Kamarulzaman Bin Daniel - Bangman / Mayo

Dia nie memang kawan ser tang sekolah rendah lagi kat Sek. Rendah Batu Kikir sampailah tingkatan 6 kat Sek. Men. Batu Kikir. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri dia kawan sekolah ser gak. Suraya namanya. Bertugas sebagai Inspektor Kesihatan Daerah Jempol. Dia adalah Penyelaras Kelab PROSTAR Daerah Jempol. So apabila ada program2 kem dan perkhemahan sure dia mesti nak ikut. Walaupun dah kahwin namun isterinya amat memahami hobi beliau. Umur dah 30an. Dia join team kami rasanya baru 4 tahun kot. Sebelum ini ser lupa lak nak bawak dia join team sukarelawan ini.

.

4. Noraini Bte Ismail ( Kak Ani )

Orangnya kecik molek. Dulu kerja kat Kompleks Rakan Muda Jempol sebagai PRM kat PBSD. So banyak menghabiskan dan menguruskan program2 bersangkutan dengan budak2 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jempol. Tak tau ponek kalau bekerja. Biasanya bila handle program adakalanya sampai tak tau time ' Makan '. Umur rasanya 22 thn kot. Sekarang dah kerja kat sebuah Bank. Emmm.... penghuni tetap ' Jom SMS' kat blog sayer. Kawan kepada Si Atun. Join kami dah lama gak. First join kami masa gi xpdc Dabong 4 tahun lepas rasanya. Seorang pemandu yang paling ' Berhati - Hati ".... ( jangan mare nie )

.

5. Abu Ubaidah ( Abu Hensem )

Dulu Abu ngan Piloi memang selalu ikut ser wat kem2 motivasi. Masa tu jadi peserta jer. Ialah semenjak tingkatan 2 lagi. Sekarang dah tingkatan 6 Sek. Men. Batu Kikir. Abu memang rajin dan tidak berat tulang. Tapi masih pemalu. Tak berani sangat depan orang ramai. Public speaking memang fail. Tapi itu dulu. Sekarang dah ok. Lebih2 lagi kalau ada awek2 yang kursus dan join kem2 kami. Tinggal sekam-pung ngan bgmir. Bidang rekreasi memang minat dia. Timba pengalaman pun cuma dari kami2 yang otai nie. So wat masa ni kami paksa die ikuti kursus2 KBS.

.

6. Mohamad Azrin ( Piloi )

Piloi ngan Abu memang kawan baik. Kalau ado Abu mesti Ado Piloi. Umur sebaya. Piloi memang minat camping. Sebab minat duk dalam hutan dan main lumpur ,sekarang Piloi dah join Askar.Orangnya memang rajin. Pantang disuruh. Bertuah kami dapat budak dua orang nie. Kami train dari kecik lagi. So sekarang dah minat wat kerja-kerja sukarelawan. Harap lebas grade jadi askar nie...bertambah minatlah dia ngan xtvt2 kesukarelawan nie. Nanti boleh jadi Kem Komandan.

.

7. Mohd Fahmi B. Mati Kambali

Orangnya memang best. Sapa yang mula2 kenal memang akan cop dio nie SOMBONG. Maklumlah fami nie pemalu sikit. Tapi kalau dah masuk sekerat hari program, dia akan cuba merosakkan minda budak2 nie dengan asyik tergelak jer. Seorang yang kelakar dan #$%*&! macam yang lain gak. Apapun dia nie memang rajin dan tak tau penat punya orang. Sepanjang saya kenal dia masa wat program, dia nie taklah kuat makan, tapi badan macam Malek Noor. Sekaran bertugas di Kompleks Rakan Muda Jempol.

.8. Intan Hayura

Kecik orangnya macam ani. Kak intan nie kadang2 jer terlibat dengan program eser. Tapi kalau ada program xpdc sure dia akan cuba ikut. Satu kg dengan Musa dan Hanip. Rasanya seorang yang tak banyak bercakap tapi amat baik dengan budak2 nie. Ada potensi menjadi Facy satu hari nanti.

.

.

9. Mohamad Aidil

Memang kelakar. Cakap tak pernah berhenti. Perangai memang sesuailah dengan team dekbet nie yang *%+#$%?. Kalau cakap muka selamber jer. Dia nie kembar tak berdarah dengan Abg Man. Kalau ada fami lagi haru jadinya. Dulu memang tak minat xpdc dan kem2 nie. Jangn haraplah kalau dia nak ikut kami.Tah macam manalah Bang Man akhirnya berjaya dapat merosakkan dia join kami. So seka- rang dah kemaruk lak join program2 remaja dan xpdc. Tulah benda nie kalau dah join boleh jadi gian.Dia kenal bangman pun semenjak kerja dengan kesihatan. Saiz badan sama ngan bang man + Fami.


.

10. Md Yusof B. Shamsudin

Nama gelemer ialah Ucop Renjer. Orangnya hensem sekali dalam team nie. Badan sasa. Kalau dia kenyit mata kat awek sure rebah punya. Senyap sepi orangnya. Sekarang dah masuk wataniah. So bergaya betul kau yer lepas masuk askar. Bab kerja kira okeylah. Suka main ikut2 jer. Mungkin pemalu.

.

.

11. Zakiah

Nama pendek 'Z'. Manis orangnya...ehem2..... dan kecik molek ( Hai semua awek team dekbet nie pendek2 yer) Apapun Orangnya memang rajin. Dia nie anak murid eser semasa program PKSN Jempol tahun 2003. Dulu memang tak kenal sangat. Tapi sekarang dah kenal dah.Z aktif dengan kami selepas program Alumni PKSN Jempol kat Hutan Banat Jeram De Bana Lui Barat. So sekarang banyak wat program kesukarelawan dengan kami. Baguslah Z.... Kalau nak cari suami tu...carilah yang minatnya sama...

.

12. Haliza

Elok dan baik budaknya.Dulu Liza kerja kat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol sebagai PRM. Sebab itu dapat kenal dia nie tapi sekarang dah kerja kat sebuah company di Pekan Bahau. Dia nie taklah berapa minat sangat bab camping2 nie ( dlm pemerhatian ) tapi mungkin selalu tengok kami masuk hutan keluar hutan pungah budak2 sekolah wat camping , jadi dia pun joinlah kami. First program xpdc dia itot ialah gi Xpdc Berkeretapi ke Gunung Belumut Kluang johor pada bulan mac lepas. Tapi respek gak sebab berjaya jugak dia sampai ke puncak tak macam eser.
.

13. Mohd Faizal B. Darus

Sekampung dengan eser. Selalu gak follow bangmir wat program2. Mungkin dah minat kot. Tapi malangnya sampai sekarang belum ada program yang berjaya dia buat. Manjang ada probem jer. Sian tul dia nie. Berkeliber nak jadi peguam. Bab aweksssss.... kena hati2 sikit dengan dia nie. Tapi elok budaknya.... totip.....beriman orangnya.


.
14. Norsiah
Panggilan Manja ' Induk Siah" . Rasanya bangman yang bagi nama tu kot. Orang paling baru dalam team kami. Tah macam mana dia boleh terjebak dengan kami. Rasanya dia stat join kami masa program ' Perkhemahan dan xplorasi Arprm Jempol ' di Jeram tengkek tahun lepas . Lepas tu Xpdc berkeretapi ke Gunung Belumut. Masa dia join kami tu...sonyap jor... malu konon... tapi lepas tu kena penangan bangman, Aidil dan Fami so diapun sama gak macam kami.


.

15. Ucop J

Ucop J singkatan daripada Jambu Lapan. Bekerja di Pejabat Kesihatan Daerah Jempol sama squad dengan Bang Man. Sebenarnya dia aktif dengan Prostar Jempol. Akhirnya dia terlibat jugak dengan program2 Team Dekbet.
'



16. Puan Fanita atau KakNgah


"Mana kotak kakngah!".... apabila kakngah bersuara...ramai yang akan kecut perut di buatnya. Ada rakan -rakan kami jugak , masih fobia dengan suara kakngah walaupun mereka dah jadi sebahagian Team Dekbet. Kakngah asalnya aktif dengan Kelab PROSTAR Jempol, tapi akhirnya bangmir telah menarik beliau untuk join pulak dengan program2 Pejabat Belia dan Sukan Jempol. Suara memang garang tapi hatinya bebaikkk sesangat. Bagi orang yang baru mengenali beliau, mungkin rimas dengan kakngah, tapi bila dah kenal, mereka akan cakap, "Eh mana pergi kakngah yer, kakngah tak ikut ker".... Nak tau kenapa kerana dialah DOKTOR team kami. Banyak betul jasa Kakngah dalam team kami. Bila ada budak sakit , kakngahlah peneman mengantikan ibu u all tau.

Hanip Samsuri
Bekas pelajar Sek. Men. Keb. Seri Jempol. Dia adalah anak murid kami. Seorang yang pendiam tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan Pingat Gangsa. Atas kegigihan beliau , Hanip telah mendapat Anugerah Rakan Muda Pingat Gangsa pada tahun 2006. Beliau juga selalu memberi khidmat bantuan kepada kami dalam menjayakan program2 ARP. Rajin juga apabila disuruh. Tak perlu banyak cakap apabila berurusan dengan hanip. Insyallah dia sendiri akan tahu apa tugas yang sepatut dilakukan.



Fahmi Wahab. Kami panggil Fahmi Arp. Maklumlah dikalangan sukarelawan , Fahmi ni ada 3 orang termasuk beliau. Orangnya bolehlah dikatakan hensem. Pendiam juga, tapi telah banyak membantu kami menjayakan program2 perkhemahan dan xpdc. Sama juga macam Hanip Arp, beliau juga adalah penerima Pingat Gangsa Arp 2006. Amat berminat dalam program2 lasak. Buat masa ini, tak tau pulak , siapa makwe dia yer....he..he..he...

Naim. Pelajar Sek. Men. Agama Said Mustapa Serting Ulu. Adalah pemegang Pingat Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia tahun 2007. So dengan percapaian sebegini, maka beliau secara automatik dapat menyertai team kami. Lagi pun dia, dah banyak mengikuti saya semenjak tingkatan 2 lagi . Dulu memang tak pernah join program2 begini, tetapi sekarang rasanya dia dah muak dengan program2 rakan muda mahupun Pejabat Belia Dan sukan Jempol.


Muhammad Izat. Pelajar Sek. Men. Keb. Bandar Baru Serting. Beliau memang dah lama berkecimpung bersama ARP . Rasanya semenjak , saya perkenalkan ARP di Jempol lagi. Amat rajin dan senang menghulurkan bantuan. Pada hemat kami beliau memang layak join dengan kami kerana beliau juga telah buktikan pada tahun 2007 menerima Pingat Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia bersama Naim.



BARISAN ORANG KUAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JEMPOL


1. En. Mohamad Rosdi Bin Mahmod

Beliau bukanlah Team Dekbet sebab tak pernah bayar yuran masuk dan tak pernah daftar dengan kami. Orangnya simple tapi senang diajak berunding
( ya kot ) . Dialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol NS. Best punyer orang. Selalu memberi sokongan dan tunjuk ajar pada team Dekbet nie. Rasanya diapun tak tau Dekbet ni. Dialah yang selalu cari $$$$$ untuk program2 ARP Daerah Jempol ni.Apapun Bosss..... Tks banyak2 sebab selalu libatkan kami dalam program2 PBSD Jempol.









Yang hensem-hensem tu namanya Azli, baju biru namanya Fami,Atan yang besandar manis tu manakala yang senyum sokmo tu namanya Rosma. Azli adalah orang ke 2 kuat di PBSD diikuti PRMnya ialah Rosma dan 2 orang lagi iaitu Fami ( Juruteknik KRMJ ) dan Atan ( Penyelia Asrama). Mereka semua rajin - rajin belaka,Elok, Sopan baik budaknya......