Thursday, July 12, 2007

Orang Melaut Ramainya...



Aduh takut betul , bangmir bawa budak semasa Majlis Penjenamaan Semula Rakan Muda pada 29hb Mei 2007 di Bukit Kiara Kuala Lumpur 2 bulan lepas. Bukan apa orang terlalu ramai dan berasak-asak untuk masuk ke kawasan padang macam kat Mokah pulak. Kebetulan kekuatan pengiring cuma ada 4 orang sahaja iaitu bangmir,fami kecik,faizul dan seorang lagi. Bawak budak pulak sampai 2 bas. Kami kekurangan pengiring disebabkan jurulatih2 ARP ramai terlibat dengan PJKN di Kompleks Rakan Muda Jempol pada masa itu. Akibat orang terlalu ramai, apalagi bangmir cuma berani kumpul budak atau tengok persembahan dari luar pagar sahaja. Kebetulan atas bukit kira boleh nampaklah. Budak2 ni tak pulak komplen. Bak kata orang biarlah jauh asalkan selamat. Bukan apa takut apa2 berlaku senang nak cabut...lagipun yang datang tu belia dan beliawanis. Bangmir lak bwk budak alahai kecik2 jer...

No comments: