Sunday, July 29, 2007

TERIMA KASIH FRIM PASOH 2



En. Ahmad ( Penyelia Stesen FRIM Pasoh 2 ) terima kasih banyak - banyak sebab bagi layanan baik kepada kami di FRIM Pasoh 2 semasa program PRS PROSTAR Daerah Jempol siri 2 pada 27hb hingga 29hb Julai 2007 , lebih - lebih lagi bagi kami gunakan bilik ( dorm) untuk simpan2 barang sebab hujan tempoh hari. Tak lupa juga pada akak Idah ( Isteri Abang Ahmad ) sebab masak sodap - sodap untuk kami. Izat ( anak Abang ) terima kasih sebab banyak bantu kem ini dan sudi jadi guide bagi urusetia. Best tempat tu,sunyi jer.Insyallah ada rezeki kami akan buat program kat situ lagi yer.

Friday, July 20, 2007

Air Oren !

Adakah anda ingin memenangi beberapa hadiah..... Cuba kira berapakah jumlah cawan yang dipegang oleh ,Irma - budak arp dan berapakah jumlah cawan yang telah di isi dengan air oren (emm sodap nyer). Hantarkan jawapan anda melalui ruangan comments dibawah blog ini ok. Jangan lupa lampirkan nama,dan alamat anda. Keputusan pemenang akan dikeluarkan melalui blog ini juga .Ada hadiah disediakan.Cepat sebelum tarikh tutup 30 Julai 2007. Penyertaan ini, terbuka hanya kepada budak - budak ARP sahaja yer.
* Apabila anda membuka ruangan 'comments' untuk menghantar jawapan. Sila tulis jawapan anda selepas itu sila pilih , ' anonymous', bagi memudahkan penghantaran.

Wednesday, July 18, 2007

Abu Dibelasah Teruk!!!!.



Waduh pak...semalam saya terima berita hangat mengatakan jurukamera Dekbet Team si Abu Hensem telah di belasah teruk oleh gengster. So memang teperanjat jugak dan berasa kesian. Tapi apabila bangmir menerima gambar dari telepon bimbit daripada seorang rakan. Mak ai lagi teperanjat besar dan macam tak percaya, rupanya yang membelasah abu tu cuma budak2 kecik. Waduh malunya aku. Mengikut sumber2 yang boleh dipercayai mengatakan, si Abu telah cuba untuk mengurat akak mereka , tetapi apabila adik2 nya perasan yang Abu cuba mengekori dari belakang...ha! apalagi mereka telah menumbuk dan membelasah Abu dengan kejam dan teruk sekali. Difahamkan juga Abu sudah pun menerima 75 jahitan di Hospital BBS, gara2 tindakan beliau itu. Pihak polis pula tidak melayan kes ini kerana mereka tidak percaya langsung cerita daripada Abu Hensem. Bayangkan yang pukul itu budak kecik jer, tapi boleh dapat 75 jahitan.... pihak Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai , ' Kes Budak Kecik Main Tumbuk - Tumbuk jer', dan kes ini telah digugurkan. Buat masa ini, Unit berita Dekbet tidak dapat mengesan Si Abu untuk mengetahui cerita sebenar. ( Padan Muko Kau Bu ...Tu lah Gatal Bona )

Thursday, July 12, 2007

Orang Melaut Ramainya...



Aduh takut betul , bangmir bawa budak semasa Majlis Penjenamaan Semula Rakan Muda pada 29hb Mei 2007 di Bukit Kiara Kuala Lumpur 2 bulan lepas. Bukan apa orang terlalu ramai dan berasak-asak untuk masuk ke kawasan padang macam kat Mokah pulak. Kebetulan kekuatan pengiring cuma ada 4 orang sahaja iaitu bangmir,fami kecik,faizul dan seorang lagi. Bawak budak pulak sampai 2 bas. Kami kekurangan pengiring disebabkan jurulatih2 ARP ramai terlibat dengan PJKN di Kompleks Rakan Muda Jempol pada masa itu. Akibat orang terlalu ramai, apalagi bangmir cuma berani kumpul budak atau tengok persembahan dari luar pagar sahaja. Kebetulan atas bukit kira boleh nampaklah. Budak2 ni tak pulak komplen. Bak kata orang biarlah jauh asalkan selamat. Bukan apa takut apa2 berlaku senang nak cabut...lagipun yang datang tu belia dan beliawanis. Bangmir lak bwk budak alahai kecik2 jer...

Monday, July 09, 2007

Pertunangan Abang Atan & Kak Intan




Semalam hari Ahad 8hb Julai 2007, Team dekbet sekali lagi menempah khabar gembira apabila Kak Intan telah melangsungkan Majlis Pertunangannya bersama Abang Atan ( atau di PJKN dikenali sebagai Tajol ) . Wah ramai betul yang menyertai rombongan Abang Atan ke rumah Kak Intan ya. Rasanya hampir 15 buah kereta termasuk kereta baru Kak Ani...ehem...ehem... Itu baru rombongan hantar ke majlis bertunang belum lagi kahwin.Apapun Kami di Team Dekbet mengucapkan tahniah pada u all berdua.So bila pula Majlis Perkahwinannya pulak. Lupa pula Abangmir nak bertanya pada mereka. Oh ya semalam juga jurukamera Dekbet , Abu Hensem sempat juga mengambil beberapa keping gambar wat kita semua. Sepadan betul mereka ini. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan jalannya pun sama panjang langkahnya katakan.....
.
(Pessst....Pakcik Kasdan dan anak-anaknya pun datang ke majlis tersebut....)

Boleh Tumpang Ke Kak Ani.

..
Semalam Jurukamera Team Dekbet iaitu Abu Hensem telah dapat mengambil gambar Kak Ani dengan kereta mewahnya....Waduh2 patutlah hari itu dlm web ini c buk pasal kereta sorong. Rupanya Kak Ani dah ada Keta baru. Jenis kereta terpaksalah kami rahsiakan. So kak Ani, pas ini bolehlah raund satu malaysia yer...cayalah kak Ani...bila nak bawa kami jalan2 lak.

Tuesday, July 03, 2007

BEBANAN!...



Bagi siapa yang suka bawa / buat / anjurkan sebarang xtvt yang melibatkan budak sekolah tak kiralah remaja,pelajar,belia dan beliawanis mahupun dah besar panjang, tanggungjawab bawak budak tu amatlah terlalu berat. Hati ini stat jer ibubapa/pihak sekolah lepaskan kepada kita, setiap detik kita akan rasa cemas dan risau atas keselamatan mereka. Bagi rakan2 lain yang just ikut jer,mgkn perasaan bertanggungjawab dan cemas agak kurang kerana sekiranya apa2 berla ku terhadap peserta, yang di cari dulu adalah penyelaras program tersebut bukannya urusetia. Sebab itulah kadang2 kite tengok muka penyelaras manjang tension jer sepanjang program berlangsung. So u all kena fahamlah kenapa bangmir selalu berleter dengan u all mahuun urusetia...he..he...he... jangan mare yer... Namun alhamdullilah sepanjang kami menjalankan program perkhemahan,motivasi,xpdc dan xtvt lasak, syukur kerana semunya kami dapat handdle dengan pertolongan yang maha esa. Sebab itulah bangmir selalu memekak dan berleter kat budak2 nie suruh sembahyang agar kite dapat memohon diberi perlindungan setiap masa.