Saturday, March 15, 2008

Dari Pena Catatan Sukarelawan Jempol

Assalammualaikum dan salam sukarelawan,

Alhamdullilah nampaknya berakhirlah sudah Pilihanraya Umum ke 12. Namun di sini aku tak mahu menyentuh tentang politik kerana lebih baik blog ini di tumpukan kepada perkara - perkara mengenai sukarelawan, program - program remaja , motivasi , perkhemahan dan khidmat masyarakat. Aku terperasan juga bahawa sudah lama, blog ini tidak dipertuliskan di layar elektronik . Aku tahu ramai juga pengunjung yang lalu sekadar klik dan berasa hampa kerana tiada cerita baru tentang perkembangan wacana program - program rakan muda di daerah ku diami ini. Apa yang larat untuk aku ucapkan disini ialah ' TIADA PROGRAM '. Oleh yang demikian tiadalah pengkhabaran tentang xtvt kami. Namun ku sedar di awal tahun 2008 beberapa rakanku dekbet telah kehilangan orang yang disayangi. Sedih , hiba dan takziah daripada rakan - rakan taulan Dekbet. Ucop J telah kehilangan adik yang disayangi pada bulan Februari lepas manakala semalam pula akak intan telah kehilangan nenek yang di sayanginya, seperti mana yang kita ketahui, neneklah yang telah menjaga dan membesarkan Kak intan dan adik - adiknya itu. Semoga adik Ucop J dan nenek di tempatkan di kalangan orang beriman.